Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Penentuan Menteri Besar Perak yang baharu masih menjadi tanda tanya apabila hasil sembah mengadap tiga ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) Perak dan Pengerusi UMNO Perak, pagi tadi belum menemukan petunjuk parti yang memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Jurucakap Istana, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan kesemua wakil parti itu mengadap di Istana Kinta, pagi tadi atas permintaan mereka sendiri.

Ditanya sama ada keputusan sembah mengadap itu memberi kata putus mengenai parti mana yang sudah memperoleh mejoriti bagi membentuk kerajaan negeri, Anuar berkata pihaknya difahamkan bahawa parti berkenaan masing-masing masih dalam proses rundingan.

"Itu kena tanya orang (pemimpin) parti kerana ia tak babitkan istana. Saya hanya maklumkan apa yang mereka sembah maklum tadi sahaja iaitu berkenaan pendirian yang mereka pegang dan usaha yang dilaksanakan sekarang ," katanya ketika ditemui pemberita di luar pintu pagar istana berkenaan, hari ini.

Katanya lagi, Sultan Nazrin hanya boleh menasihatkan agar parti masing-masing mencari formula terbaik untuk menubuhkan kerajaan dan pimpinan negeri yang baharu.

"Atas permintaan mereka, Sultan Nazrin memperkenankan untuk mereka sembah mengadap untuk menyembahkan pandangan masing-masing tentang keadaan semasa dan pendirian parti dalam suasana politik di negeri ini sekarang.

"Segala padangan itu didengari (Sultan Nazrin) namun bukanlah tanggunjawab Sultan untuk campur tangan dalam urusan parti (mereka) masing-masing. Jadi itu sahajalah," katanya.

MOHD Annuar ketika  sidang media di luar perkarangan Istana Kinta. FOTO Sharul Hafiz Zam
MOHD Annuar ketika sidang media di luar perkarangan Istana Kinta. FOTO Sharul Hafiz Zam

Beliau berkata, Sultan Nazrin juga memperkenan sembah menghadap dari Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijanga mengadap sultan 10 pagi esok sambil menegaskan tiada lagi sembah mengadap bagi mana-mana pemimpin yang dijadualkan pada hari ini.

Anuar berkata, bagi sembah mengadap oleh tiga pemimpin parti PH tadi, ianya dilakukan secara serentak (bersama) iaitu Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Asmuni Awi, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Terdahulu, kenderaan yang membawa tiga pemimpin parti komponen PH Perak berkenaan dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta, 11.35 pagi tadi.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Asmuni Awi mendahului, disusuli kenderaan yang membawa Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak serta Kor Ming yang menaiki satu kereta.

Kenderaan dinaiki Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad kemudiannya memasuki perkarangan istana, 11.37 pagi sebelum dilihat keluar dari perkarangan istana itu pada 12 tengah hari.

Bagaimanapun, tiada sebarang komen atau kenyataan dikeluarkan oleh kesemua mereka.

Berita berkaitan

  • 'Bagi saya selesaikan dahulu....' - Ahmad Faizal
  • 3 pemimpin PH tiba di Istana Kinta
  • Kerajaan PN Perak mesti dikekalkan - Umno
  • Ahmad Faizal berharap PN Perak tidak berpecah-belah
  • Saarani, Shahrul Zaman, Abdul Aziz disebut-sebut calon MB Perak?
  • MB Perak gagal dapat sokongan majoriti
  • Usul undi percaya bukti mendaulatkan sistem demokrasi
  • PAS tidak sertai pembentukan kerajaan Perak baharu
  • 'Nampak tenang, dalam jiwa berkocak'
  • Ahmad Faizal tak akan usul bubar DUN
  • Ahmad Faizal mengadap Sultan petang ini
  • Ahmad Faizal jamin peralihan kerajaan Perak berhemah
  • Ahli Bersatu Perak diminta bertenang: Ahmad Faizal
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 1:35 PM