Nga (kiri) bersama Farhash di perkarangan Istana Kinta. FOTO Sharul Hafiz Zam
Nga (kiri) bersama Farhash di perkarangan Istana Kinta. FOTO Sharul Hafiz Zam
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Tiga pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) Perak kelihatan keluar dari perkarangan Istana Kinta, di sini, 11.35 pagi tadi.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Datuk Asmuni Awi mendahului, disusuli kenderaan yang membawa Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarakserta Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Farhash Wafa bagaimanapun dilihatmenaiki satu kereta bersama Kor Ming, dengan sebuah lagi kereta mengekori dari belakang.

Namun kereta yang menyusuli kenderaan dinaiki Farhash Wafa dan Kor Ming bercermin hitam menyebabkan identiti individu yang menainkinya tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun tiada sebarang komen atau kenyataan dikeluarkan oleh ketiga-tiga mereka.

ASMUNI mengadap sembah Sultan Perak di Istana Kinta. FOTO Sharul Hafiz Zam
ASMUNI mengadap sembah Sultan Perak di Istana Kinta. FOTO Sharul Hafiz Zam

Ketiga-tiga mereka datang ke Istana Kinta untuk mengadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum mengenai situasi politik terkini negeri ini.

Sejurus ketiga-tiga kenderaan dinaiki mereka keluar, satu lagi kenderaan dipercayai dinaiki Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad memasuki perkarangan istana pada 11.37 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 12:34 PM