(DARI kiri) Nga, Farhash dan Asmuni. FOTO arkib NSTP
(DARI kiri) Nga, Farhash dan Asmuni. FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri memasuki perkarangan Istana Kinta di sini bagi mengadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin dan menyembah maklum situasi politik terkini di negeri ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (ADUN Aulong) dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tiba di perkarangan dengan beberapa kenderaan berasingan pada 10.40 pagi.

Kemudiannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi (ADUN Manjoi) turut tiba di perkarangan berkenaan.

Semalam Harian Metro melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung situasi yang berlaku di DUN Perak.

Ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi semalam, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya.

Usul berkenaan dikemukakan oleh Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Bharu).

Berita berkaitan

  • Kerajaan PN Perak mesti dikekalkan - Umno
  • Ahmad Faizal berharap PN Perak tidak berpecah-belah
  • Saarani, Shahrul Zaman, Abdul Aziz disebut-sebut calon MB Perak?
  • MB Perak gagal dapat sokongan majoriti
  • Usul undi percaya bukti mendaulatkan sistem demokrasi
  • PAS tidak sertai pembentukan kerajaan Perak baharu
  • 'Nampak tenang, dalam jiwa berkocak'
  • Ahmad Faizal tak akan usul bubar DUN
  • Ahmad Faizal mengadap Sultan petang ini
  • Ahmad Faizal jamin peralihan kerajaan Perak berhemah
  • Ahli Bersatu Perak diminta bertenang: Ahmad Faizal
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 11:30 AM