YASMIN Hanani (depan, dua kanan) dengan bantuan makanan yang diserahkan kepada penduduk terjejas banjir. FOTO ihsan MAIS
YASMIN Hanani (depan, dua kanan) dengan bantuan makanan yang diserahkan kepada penduduk terjejas banjir. FOTO ihsan MAIS
Norzamira Che Noh

SHAH ALAM: Sebanyak 1,000 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Hulu Langat dan Sepang, 4 November lalu menerima bantuan set makanan kering daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Anggota MAIS, Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian berkata, penyediaan makanan kering itu adalah untuk meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir berkenaan.

"Sebanyak 964 set makanan kering iaitu beras, minyak, gula, tepung dan susu diagihkan kepada wakil ketua kampung sekitar Hulu Langat dan selebihnya diagihkan kepada penduduk di daerah Sepang.⁣

⁣"Sumbangan MAIS ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung penduduk yang terjejas," katanya dalam kenyataan semalam.

Turut hadir, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar; Ahli Jawatankuasa Pelaburan MAIS, Rohani Datuk Shahir; Penghulu Mukim Hulu Langat, Norezudin Kamaruddin;

⁣Pegawai Tadbir Agama Hulu Langat, Mahayudin Abu Bakar; Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza Abd Rahim dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Mohd Na'aim Harun.⁣

⁣⁣Secara keseluruhan, bantuan yang disalurkan bernilai RM50,000 iaitu peruntukan daripada baitulmal MAIS dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS).⁣

Dalam pada itu, Ketua Kampung Batu 20, Sungai Lui, Mohd Ramdan Kamso berkata, sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban penduduk kampung.⁣

⁣"Terima kasih kepada MAIS atas sumbangan makanan kering yang diberikan, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami penduduk kampung yang terjejas akibat banjir," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 12:05 PM