GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM1.92 seliter kepada RM1.94 seliter.

Sementara harga RON95 naik daripada RM1.62 seliter kepada RM1.64 seliter.

Harga runcit diesel pula naik tujuh sen daripada RM1.74 seliter kepada RM1.81 seliter.

"Kenaikan ini dipengaruhi oleh harga minyak diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 5:01 PM