Nor Fazlina Abdul Rahim

Pasir Mas: Sebanyak 45 pusat kuarantin Covid-19 akan dibuka di Kelantan sepanjang musim banjir bagi menempatkan mangsa banjir bergejala wabak berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pusat kuarantin berkenaan akan menempatkan mangsa banjir dari zon merah.

"Untuk keseluruhan Kelantan, kita mempunyai 539 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan setiap Dewan Undangan Negeri (Dun), kita akan menyediakan satu pusat kuarantin di sekolah terpilih.

"Mereka yang bergejala Covid-19 akan ditempatkan di pusat berkenaan sebelum keputusan ujian saringan keluar. Jika positif, mereka akan dihantar ke hospital dan jika negatif, mereka akan dikuarantin terlebih dahulu.

"Mangsa banjir dari zon merah yang pulang ke kampung akan ditempatkan di pusat saringan berkenaan dengan menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pusat saringan Covid-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Mengulas lanjut, Dr Izani berkata, berdasarkan tinjauan dilakukan, beliau berpuas hati dengan persediaan PPS dan pusat saringan walaupun kini masih dalam keadaan 80 peratus siap.

"Banjir kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana kita dilanda Covid-19. Sebelum ini, setiap PPS boleh menempatkan sehingga 1,000 mangsa banjir, namun kini hanya 500 mangsa sahaja di setiap PPS.

"Makanan akan dibungkus selain dipakaikan gelang nama bagi mengelak pergerakan berleluasa dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, jumlah kakitangan JKN yang ditempatkan di pusat kuarantin bergantung kepada jumlah penghuni.

James (kiri) dan Soba (depan kiri) serta rakan sekelasnya melawat Chew yang lumpuh separuh badan dari pinggang hingga kaki tahun lalu. FOTO ihsan Soba Singh
James (kiri) dan Soba (depan kiri) serta rakan sekelasnya melawat Chew yang lumpuh separuh badan dari pinggang hingga kaki tahun lalu. FOTO ihsan Soba Singh

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 5:13 PM