ANGGOTA Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bukit Yong di sempadan Kelantan dan Terengganu pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANGGOTA Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bukit Yong di sempadan Kelantan dan Terengganu pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Seramai 30 individu yang cuba memasuki Kelantan diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kelulusan daripada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata kesemua mereka diarah berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Puteh.

"Tidak sampai 24 jam SJR dilakukan, sudah 30 individu diarah berpatah balik kerana tiada surat polis.

"Kesemua mereka daripada Terengganu dan selepas mendapati tiada surat polis, kita terpaksa mengarahkan mereka berpatah balik," katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, manakala dua SJR lagi iaitu di Jeli dan Gua Musang, kesemua pemandu dari luar negeri mematuhi arahan dan mempunyai surat kebenaran.

"Kita akan memperketat kawalan SJR di empat lokasi dan hanya membenarkan individu yang mempunyai surat kebenaran sahaja yang boleh keluar masuk ke Kelantan.

"Patuhilah SOP yang ditetapkan dan jangan sesekali cuba merentas negeri tanpa mempunyai surat kebenaran," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 8:08 PM