SITI Nurfahana Arin (kanan) melafazkan syahadah di hadapan Nasarudin di Surau Kampung Taman Galas, Kuala Betis. FOTO Ramli Ibrahim
SITI Nurfahana Arin (kanan) melafazkan syahadah di hadapan Nasarudin di Surau Kampung Taman Galas, Kuala Betis. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim

Gua Musang: "Saya rasa tenang dan sejuk hati, mungkin itu rahmat selepas syahadah," kata pelajar Orang Asli, Siti Nurfahana Arin, 13.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 1, Gua Musang itu memeluk Islam bersama lima lagi penduduk Orang Asli yang peluk Islam.

Lafaz syahadah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasarudin Hassan di Surau Taman Galas, Kuala Betis, dekat sini.

Menurut Siti Nurfahana, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memeluk Islam malah katanya tiga adiknya sudah berbuat demikian.

"Bagi keluarga saya, kedua ibu bapa belum lagi memeluk Islam namun mereka tidak mempunyai masalah tinggal bersama.

"Mereka berdua terima keputusan kami dengan hati terbuka. Saya berharap satu hari nanti mereka juga terbuka hati untuk mengucap syahadah," katanya ang tinggal di Kampung Limau, Kuala Betis.

Bagi Jasmi Anun, 24, pula, berkata dia tergerak hati untuk memeluk Islam apabila sering mendengar ceramah yang diadakan di surau kampungnya.

"Saya belajar banyak perkara tentang Islam termasuk halal dan haram. Alhamdulilah akhirnya hati ini terbuka mengucapkan syahadah," katanya.

"Saya akan mendalami ajaran agama termasuk mengerjakan solat berjemaah di surau dan mengaji al-Quran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 7:40 PM