GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari tahun depan seperti mana dimaklumkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata,semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh berkenaan.

Katanya, bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh sama.

"Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

"Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021," katanya pada sidang media, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Semua sekolah tutup
  • PKSK tingkatan satu dan empat ditangguhkan
  • Tarikh peperiksaan awam 2020 dipinda
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 12:47 PM