HALIMAH (berdiri kiri) umum penutupan itu turut membabitkan Tabika Perpaduan di Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa 6 November hingga 19 November. FOTO arkib NSTP
HALIMAH (berdiri kiri) umum penutupan itu turut membabitkan Tabika Perpaduan di Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa 6 November hingga 19 November. FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad

Putrajaya: Kementerian Perpaduan mengumumkan penutupan operasi Tabika

Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa esok hingga 18 November.

Menterinya, Datuk Halimah Mohammed Sadique berkata, penutupan itu turut membabitkan Tabika Perpaduan di Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa 6 November hingga 19 November.

"Ia berikutan pengisytiharan Seremban dan Mukim 12 sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Arahan ini membabitkan 56 Tabika Perpaduan dan sebuah Taska Genius di Seremban serta 10 Tabika Perpaduan di Mukim 12," katanya pada kenyataan hari ini.

Halimah turut meminta orang ramai supaya sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 8:21 PM