PERALATAN menghisap dadah dan kunci kereta serta alat kawalan yang dirampas polis selepas menahan penjawat awam yang mencuri kereta Proton Wira di tepi jalan 4/2 pandan Indah, Ampang. FOTO ihsan PDRM
PERALATAN menghisap dadah dan kunci kereta serta alat kawalan yang dirampas polis selepas menahan penjawat awam yang mencuri kereta Proton Wira di tepi jalan 4/2 pandan Indah, Ampang. FOTO ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Seorang penjawat awam ditahan polis selepas didapati mencuri kereta Proton Wira di Jalan Pandan Indah 4/2 Pandan Indah, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan lelaki berusia 17 tahun yang bekerja sebagai mekanik apabila menyedari keretanya hilang selepas dimaklumkan rakannya pada 10 pagi, Jumaat lalu.

Menurutnya, pada 3.20 pagi, pasukan Task Force Balai Polis menahan suspek berusia 38 tahun selepas memandu kereta itu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan 4/2 pandan Indah, di sini.

"Hasil siasatan lanjut yang dijalankan ke atas suspek menjumpai pelbagai peralatan untuk menghisap dadah.

"Polis kemudian merampas Peralatan menghisap dadah dan kunci kereta serta alat kawalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan air kencing mendapati dia positif methampetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau kes dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis menasihati orang awam sentiasa berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di tempat awam dan menyalurkan kepada polis jika mengetahui apa-apa maklumat berkaitan aktiviti jenayah yang berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 3:16 PM