Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik tiga anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 November lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, tiga anggota baharu EAIC itu ialah bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam dan dua bekas Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Aziah Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

"Adalah dimaklumkan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta EAIC 200 (Akta 700), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan tiga anggota EAIC.

"Pelantikan berkenaan melengkapkan barisan anggota pesuruhjaya EAIC dan pasti akan terus memacu matlamat dan komitmen EAIC serta memartabatkan intergriti dalam kakitangan agensi penguatkuasaan seliaan," katanya.

Selain pelantikan tiga anggota baharu itu, EAIC diterajui Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan dianggotai Timbalan Pengerusi, Tan Sri Zainun Ali, Datuk John Louis O'hara dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2020 @ 4:43 PM