GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Ahli Dewan Negara, Ras Adiba Radzi mengesahkan adiknya Ras Afiona Radzi disahkan positif Covid-19.

Katanya, keputusan ujian berkenaan diperoleh selepas ujian saringan dijalankan baru-baru ini.

Menurutnya,Ras Afiona yang juga Pegawai Khasnya kini mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 orang ahli keluarga sedang menunggu keputusan saringan Covid-19.

"Dalam kesempatan ini, saya memohon maaf sekiranya menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang menimpa saya dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ras Adiba berkata, dia reda dengan apa juga dugaan dan cabaran medatang dan berdoa supaya semua dilindungi daripada wabak pandemik Covid-19 ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 1:31 PM