LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Syaherah Mustafa


Pasir Mas: Polis Kelantan sudah mengenal pasti identiti lelaki yang menyerang pegawai dan anggotanya ketika menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di Lembah Sireh, Kota Bharu, 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek berusia lingkungan 30-an dan kini dalam buruan pihaknya.

"Kes hampir selesai, seorang lagi suspek (yang) masih bebas, namun kita sudah dapat identitinya.

"Kami juga masih menjalankan operasi pemantauan bersama agensi penguatkuasaan lain walaupun terpaksa berhadapan cabaran sebegini," katanya pada sidang media selepas Lawatan Pemantauan SOP Mencegah Covid-19 di Pasar Besar Tasek Raja di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 8.40 malam itu, Inspektor N Indra Nahu, 33, luka di muka kerana ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, patah jari tangan kanan.

Susulan kejadian itu, tiga lelaki sudah ditahan termasuk individu yang dipercayai pemilik kedai berkenaan.

Berita berkaitan

'Pening kena hentakan botol kaca' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 3:49 PM