SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan peralatan selam skuba kepada Kelab Selam Skuba Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor (PAINJ). FOTO Ihsan Royal Press Office
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan peralatan selam skuba kepada Kelab Selam Skuba Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor (PAINJ). FOTO Ihsan Royal Press Office
Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan peralatan selam skuba kepada Kelab Selam Skuba Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor (PAINJ), semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi baginda yang dimuat naik hari ini, sebanyak 12 set peralatan berkenaan dikurniakan kepada pegawai yang terdiri daripada Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Timbalan Mufti, Ahmad Faisal Mohamed, selain Kadi Besar Johor, kadi-kadi daerah serta pegawai kanan Jabatan Mufti Johor (JMJ), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Penyerahan peralatan disempurnakan di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.

Kelab skuba berkenaan ditubuhkan pada tahun 2018 dan terdiri daripada 27 ahli, hasil idea serta titah baginda Tuanku Sultan sendiri, sebagai sebuah aktiviti riadah yang sihat dan bermanfaat bagi pegawai-pegawai PAINJ.

FOTO Ihsan Royal Press Office
FOTO Ihsan Royal Press Office

Malah, penyelaman skuba juga diterapkan sebagai prosedur operasi standard (SOP) dalam pelupusan naskhah Al-Quran yang tidak lagi boleh digunakan dengan melarutkan abunya di dasar lautan.

Pengerusi Kelab Selam Skuba PAINJ, Datuk Yahya Ahmad, berkata pihaknya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan itu.

"Ia adalah satu pengiktirafan kepada kami semua dan akan digunakan sebaiknya dalam tugas kami serta aktiviti kelab," katanya.

FOTO Ihsan Royal Press Office
FOTO Ihsan Royal Press Office

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 4:14 PM