KEADAAN di lokasi kejadian. Gambar kecil (Mohd Nor Faisal Ani). FOTO Ihsan Polis
KEADAAN di lokasi kejadian. Gambar kecil (Mohd Nor Faisal Ani). FOTO Ihsan Polis
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Pulau Pinang, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 98.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani dekat sini, malam tadi.

Pada kejadian 9 malam itu, mangsa, Pegawai Bomba Mohd Nor Faisal Ani, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai mengantuk dan hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke kanan jalan.

"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berasal dari Perlis dan bekerja di Butterworth.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 9:40 AM