GAJAH jantan yang ditangkap PERHILITAN di Rancangan Pelang, Gerik semalam. FOTO Mohd Rashidi Yusuf
GAJAH jantan yang ditangkap PERHILITAN di Rancangan Pelang, Gerik semalam. FOTO Mohd Rashidi Yusuf
Mohd Rashidi Yusuf

Gerik: Seekor gajah jantan berumur kira-kira 14 tahun yang sering menghampiri rumah penduduk di Rancangan Pelang dekat sini, ditangkap bersama tiga lagi gajah lain jam 10 pagi semalam.

Gajah seberat kira-kira dua tan itu, dan kawanannya, ditangkap di ladang getah penduduk.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Yusoff Shariff berkata, sebelum ini, kawanan gajah terbabit sudah beberapa hari berkeliaran di ladang getah, malah beberapa kali menghampiri kediaman penduduk.

"Kawanan gajah ini merosakkan tanaman penduduk seperti pokok getah dan pisang dan lain-lain.

"Kehadiran haiwan ini meresahkan penduduk malah mereka juga bimbang untuk ke kebun," katanya dihubungi hari ini.

Yusoff berkata, gajah berkenaan dijangka akan dipindahkan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 9:43 PM