AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 500 kilogram daun ketum bernilai RM15,000 ke Thailand melalui perairan Kuala Perlis. FOTO Ihsan APMM

Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup 500 kilogram daun ketum bernilai RM15,000 ke Thailand melalui perairan Kuala Perlis, jam 1.40 pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, terdahulu, pihaknya mengesan kehadiran sebuah bot di kedudukan 0.2 batu nautika dari Kampung Tanah Baharu, Kuala Perlis yang dalam keadaan mencurigakan menghala ke perairan antarabangsa.

"Kami mengejar bot terbabit. Tiga lelaki kemudiannya terjun ke laut dan berenang ke daratan sebelum melarikan diri.

"Pemeriksaan dalam bot menemui guni berisi daun ketum. Keseluruhan rampasan berjumlah RM25,000," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 5:24 PM