NOOR HISHAM. FOTO NSTP
NOOR HISHAM. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru rakyat di negara ini supaya kembali bersatu memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19.

"Marilah kita bersatu kembali memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 dalam negara kita.

"Tanpa sokongan orang ramai kita tidak boleh berjaya," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Dr Noor Hisham berkata, orang ramai boleh membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan duduk di rumah dan jika terpaksa keluar, patuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Sila pakai pelitup muka, jaga penjarakan yang selamat dan kerap mencuci tangan.

"Kegagalan mematuhi pasti akan meningkatkan risiko jangkitan dan penularan penyakit," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 8:48 AM