HALIZA (kanan) berbual dengan peserta program. Gambar kecil, sebahagian 'mask extender' yang dihasilkan. FOTO ihsan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh.
HALIZA (kanan) berbual dengan peserta program. Gambar kecil, sebahagian 'mask extender' yang dihasilkan. FOTO ihsan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh.
Saipul Adli Mohamad


Subang Jaya: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Kebajikan Baitul Fiqh bekerjasama dengan World Hijab Day Malaysia bagi membantu golongan B40 melalui Program 'Mask Extender', hari ini.

Program itu disertai 10 orang membabitkan ibu serta anak terjejas akibat Covid-19 selain mengumpul dana untuk duit poket dan keperluan ke sekolah atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim berkata, peserta program mempelajari teknik 'knitting' iaitu mereka bentuk serta mewarna dan 'mask extender' asas termasuk hiasan daripada Nora Ariffin dan Duta World Hijab Day Malaysia, Sukmawati Budjaza Ahmad.

"Program daripada wanita untuk wanita ini diharapkan dapat memberi inspirasi buat sahabat B40 menjana pendapatan tambahan daripada 'mask extender' dihasilkan.

"Pada masa sama, ia memudahkan wanita berhijab untuk memakai pelitup muka yang sudah menjadi kemestian dalam kebiasaan normal baharu.

"Malah, penganjur membeli terus 'mask extender' dihasilkan itu secara tunai di akhir program," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 5:53 PM