SamadiAhmad


PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi dan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi sebelum sebarang keputusan membenarkan semula umat Islam negara ini.

Ia susulan keputusan kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara menunaikan umrah bermula 1 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal EhwalAgama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau akan mendapatkan maklum balas terlebih dahulu berhubung perkara itu sebelummembuat ketetapan sama ada boleh memberi kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan ibadah umrah.

Menurut beliau, pihaknya juga akanberbincang dengan Majlis KeselamatanNegara (MKN) dan KementerianKesihatan Malaysia (KKM) bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya jemaah Malaysia diberi kebenaran menunaikan ibadah berkenaan.

"SOP ini penting bagi mengelakkan daripada berlaku kluster baharu selain mematuhi SOP ditetapkan kerajaan ArabSaudi seperti yang diadakan pada musim haji lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PenipuanUmrah Bersama Agensi Pengelola Umrahdi sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua PengarahJabatan Wakaf, Zakat dan Haji, JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said.

Program julung kali diadakan bersama pengelola umrah itu bertujuan menyampaikan maklumat pengurusan ibadah umrah yang sempurna, selari dengan tuntutan agama dan kemaslahatan umat Islam.

Semalam, satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang diterbitkan Saudi Press Agency, membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober ini, selepas tujuh bulan kebenaran itu digantung berikutan pendemik Covid-19.

Berita berkaitan:

  • Umrah kembali dibenarkan mulai 4 Oktober
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 11:38 AM