DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan sebahagian daripada dadah berbagai jenis yang akan dilupuskan selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor. FOTO Zain Ahmed
DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan sebahagian daripada dadah berbagai jenis yang akan dilupuskan selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor. FOTO Zain Ahmed
Omar Ahmad


Johor Bahru: Polis Johor melupuskan barang kes dan dadah bernilai RM14.6 juta, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, semua dadah berkenaan selesai proses analisis kimia dan perundangan membabitkan 3,844 kes dalam tempoh tahun 2008 hingga 2019.

Katanya, pelupusan dadah diluluskan dan dimusnahkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Pusat Kualiti Alam, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

"Antara yang dilupuskan heroin seberat 10.64 kilogram, ganja mampat (6.39 kilogram), ketamin (88.61 kilogram) dan Methapethamine (90.51 kilorgram).

"Turut dilupuskan Methylenedioxy methapethamin (36.70 kilogram), Methylenedioxy Amphetamine (17.45 kilogram), kafine (618.2 kilogram) serta pelbagai jenis dadah lain seberat 8.31 kilogram dan 251.32 liter.

"Pada 2019, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melupuskan barang kes dadah yang dirampas sebanyak 159.07 kilogram dan 42.30 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM20.61 juta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 3:34 PM