Wee pada sidang media di Sandakan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Wee pada sidang media di Sandakan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Penerbangan ke Sabah ditambah menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September depan, begitu pun tiada keperluan menurunkan tambang penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, buat masa ini harga tiket penerbangan sudah murah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan membuang kos pengoperasian.

Justeru, beliau menasihatkan warga Sabah di luar negeri ini supaya membeli tiket lebih awal bagi mengelak tambang melambung tinggi jika dibeli saat akhir.

"Harga (tiket) lebih rendah tidak kira (penerbangan) ke Sabah serta Sarawak, ketika ini harga sudah dapat dilandaikan dan saya berasa tidak setinggi dulu, sudah jauh lebih rendah.

"Jumlah penerbangan akan bertambah khususnya menjelang hari pengundian nanti," katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 9:52 AM