DATUK Ibrahim Mohd Laiman Diki (kiri) bersedia untuk melakukan pemeriksaan suhu badan pada hari penamaan calon di dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu. FOTO Aswadi Alias
DATUK Ibrahim Mohd Laiman Diki (kiri) bersedia untuk melakukan pemeriksaan suhu badan pada hari penamaan calon di dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu. FOTO Aswadi Alias
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Calon perlu menjalani saringan kesihatan ketika penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Tinjauan di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu di Jalan Sembulan mendapati petugas kesihatan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bagi menjalankan saringan.

Khemah khas juga disediakan bagi memudahkan saringan kesihatan dijalankan terhadap calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

Sehingga semalam, Kluster Benteng di Sabah terus mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 dengan 167 kes iaitu membabitkan 76 kes rakyat tempatan dan 91 kes lagi adalah warga asing.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 9:54 AM