Nazir kini berusia 15 tahun di bawah jagaan JKM. FOTO ihsan JKM
Nazir kini berusia 15 tahun di bawah jagaan JKM. FOTO ihsan JKM
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Timur Laut sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki yang ditemui merayau di kawasan jeti berhampiran Weld Quay, di sini, pada Jun 2011.

Kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia enam tahun ketika ditemui.

Jurucakap Unit Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkata, kanak-kanak itu kini berusia 15 tahun dan berada di bawah jagaan JKM.

"Berikutan tiada waris atau ahli keluarga yang tampil menuntut kanak-kanak itu, Mahkamah Kanak-Kanak Georgetown memerintahkan supaya dia diletakkan di bawah jagaan JKM.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak yang dikenali sebagai 'Nazir', diminta menghubungi JKM dengan segera," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut di talian 04-2264531, 04-2277413 atau 04-2277412.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 11:09 AM