ANGGOTA bomba berusaha mencari dua mangsa yang terperangkap. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mencari dua mangsa yang terperangkap. FOTO ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


SEORANG parah, manakala dua lagi terperangkap di bawah runtuhan bumbung kilang membuat roti di Batu 22, Ijok, Kuala Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.49 pagi.

"Menurut komander operasi, terdapat tiga mangsa warga Myanmar di dalam runtuhan bumbung itu.

"Seorang mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan sementara dua lagi masih terperangkap," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 1:38 PM