Pelbagai pakej yang ditawarkan Sunway memenuhi keperluan anda sekeluarga pada harga berpatutan bagi membantu merangsang sektor pelancongan negara kita. - FOTO oleh Sunway
Pelbagai pakej yang ditawarkan Sunway memenuhi keperluan anda sekeluarga pada harga berpatutan bagi membantu merangsang sektor pelancongan negara kita. - FOTO oleh Sunway
Muhamad Shaifullah Tayep

PANDEMIK Covid-19 mengakibatkan sektor pelancongan negara ini mengalami kerugian kira-kira RM45 bilion akibat penutupan sempadan antarabangsa negara.

Pelan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lalu melanjutkan pengecualian cukai perkhidmatan untuk penginapan dan perkhidmatan berkaitan sehingga 30 Jun 2021 bagi merangsang kembali sektor yang terjejas. 

Kerajaan turut melanjutkan pelepasan cukai pendapatan peribadi sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan berkaitan dengan pelancongan domestik hingga 31 Disember 2021.

Dalam usaha meningkatkan kembali sektor pelancongan, Sunway tidak ketinggalan membantu dengan melancarkan pakej pelancongan menarik di destinasi popular untuk memberi kelegaan selepas lokasi-lokasi berkenaan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penginapan, beli-belah dan saringan kesihatan asas

Image

Pusat beli-belah Sunway Velocity memperkenalkan pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' yang menawarkan penginapan dua hari satu malam (2H1M) untuk dua orang di Sunway Velocity Hotel, satu set baucar tunai makan dan beli-belah bernilai minimum RM50 di Sunway Velocity Mall dan pakej saringan kesihatan asas di Sunway Medical Centre untuk seorang dengan harga bermula RM338.

Image

Pengunjung juga boleh menikmati pakej 'STAY & SHOP' pada harga bermula RM168 yang menawarkan penginapan 2H1M di Sunway Velocity Hotel untuk dua orang dan baucar tunai makan dan beli-belah di Sunway Velocity Mall.

Jika anda hanya mahukan saringan asas dan baucar tunai makan dan beli-belah sahaja, anda boleh memilih untuk mendapatkan pakej 'SCREEN & SHOP' pada harga bermula RM220. 

Pengunjung yang melanggan mana-mana pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' juga layak menerima diskaun 30 peratus di kedai-kedai terpilih dan separuh harga untuk destinasi-destinasi lain seperti Aquaria KLCC (harga asal RM71) serta Sunway Pyramid Ice.

Pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' boleh didapati sehingga 31 Disember depan di www.sunwayhotels.com/sunway-velocity. Sila hubungi +60327263991 atau WhatsApp di nombor +60192900745.

Makan tanpa had

Image

Pusat beli-belah Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur turut melancarkan pakej 'STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited!' buat julung kalinya dan menawarkan potongan sebanyak 50 peratus untuk keluarga yang mahu meneroka lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu negara. 

Pakej 'STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited!' merangkumi penginapan 2H1M untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) termasuk sarapan, bufet tanpa had dan baucar tunai bernilai RM100 daripada kedai-kedai terpilih di Sunway Putra Mall. 

Makan tanpa had turut menawarkan 25 menu ala carte istimewa  termasuk pilihan daripada juadah Melayu, Cina, India, Barat dan juadah kegemaran vegetarian serta pilihan menyelerakan untuk kanak-kanak boleh dinikmati tanpa had selama 8 jam bermula 12 tengahari di Coffee House.

Pakej 'STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited!' dijual pada harga RM238, boleh ditempah sehingga 31 Ogos ini dan boleh digunakan sehingga 27 Disember depan termasuk hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Pakej ini boleh ditempah di www.sunwayhotels.com/sunway-putra/offers/stay-kawtim-makan-unlimited, atau emel ke [email protected] atau hubungi +60340409888.

Ke sana ke sini kembali

Image

Sunway City Kuala Lumpur terdahulu melancarkan kempen pertama Ke Sana Ke Sini Ke Sunway pada Julai lalu dan kini kembali selepas sambutan hangat daripada orang ramai. 

Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! menawarkan penginapan 3H2M di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel dan tiket ke Sunway Lagoon untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan di Sunway Pyramid Mall. 

Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! boleh didapati pada RM499 di www.sunway.city/kesanakesini dan boleh digunakan sehingga 30 November depan.

Image

Sunway Lost World of Tambun turut menawarkan diskaun terhad sebanyak 40 peratus untuk pakej Staycation istimewa yang merangkumi penginapan 2H1M di Lost World of Tambun Glamping atau Malayana Floating Villa termasuk sarapan, tiket masuk ke taman tema untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket masuk ke taman malam untuk satu malam. 

Dapatkannya di www.sunwaylostworldoftambun.com/staycation.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 7:52 PM