GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Redzuan Muharam


MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bekalan barangan keperluan mencukupi, mudah diperoleh dan mampu menampung keperluan berterusan dalam negara.

Ismail Sabri berkata, ia berdasarkan pemantauan harian dijalankan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas 12 jenis bekalan barangan di 725 premis perniagaan, termasuk 547 peruncit, 148 pemborong dan 30 pengilang setakat semalam.

"Pegawai penguat kuasa KPDNEHP turut menjalankan 1,103 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Pemeriksaan dijalankan mendapati sebanyak 1,089 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 13 premis diberi nasihat, dan satu premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Ia termasuk amalan penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 4:53 PM