KERAJAAN umumkan pengecualian sumbangan oleh ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara dilanjutkan sehingga Disember. FOTO Arkib NSTP
KERAJAAN umumkan pengecualian sumbangan oleh ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara dilanjutkan sehingga Disember. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

KERAJAAN hari ini mengumumkan pengecualian sumbangan oleh ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara dilanjutkan sehingga Disember depan sekali gus memberi manfaat kepada hampir 40,000 kanak-kanak.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pengecualian sumbangan itu membabitkan 1,781 Tabika Perpaduan dengan jumlah murid seramai 38,749 orang dan 172 Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak seramai 947 orang.

"Keputusan ini diambil bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga kepada murid serta kanak-kanak di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan yang masih terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 19 Mac lalu, beliau mengumumkan pengecualian sumbangan ibu bapa dan penjaga bagi tempoh Mac hingga Jun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 9:04 PM