Pendedahan video dipercayai oleh penjual burger yang tular sejak semalam.
Pendedahan video dipercayai oleh penjual burger yang tular sejak semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan warga asing di Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

"Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.

"Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan, dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini," katanya.

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia, semalam mendedahkan kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Berita berkaitan

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 5:00 PM