TIMBALAN Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Md Amin Md Taff (dua dari kanan) berbual bersama penuntut baharu. FOTO ihsan Noorzali.
TIMBALAN Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Md Amin Md Taff (dua dari kanan) berbual bersama penuntut baharu. FOTO ihsan Noorzali.


HAMPIR 1,000 penuntut diploma mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, hari ini.

Mereka membabitkan penuntut semester pertama sesi 2020/2021.

Penuntut mendaftar bermula jam 8 pagi di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Tinjauan mendapati, penuntut berkenaan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan UPSI.

PROF Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. FOTO ihsan UPSI
PROF Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. FOTO ihsan UPSI

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, penuntut UPSI diberi pendedahan dan kemahiran seperti elemen keusahawanan serta penguasaan sekurang-kurangnya tiga bahasa.

"Ia bagi memastikan graduan UPSI menjadi idaman majikan.

"Kami harap penuntut baharu UPSI akan menyahut cabaran universiti untuk mempelbagaikan kemahiran bagi memantapkan lagi keterampilan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 5:38 PM