Suliati Asri


PANDEMIK Covid-19 bukan saja memberi impak kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup tetapi juga menjejaskan ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Dalam tempoh yang mencabar ini, ramai masyarakat yang kehilangan pekerjaan disebabkan syarikat dan majikan tidak mampu lagi menggaji mereka.

Tidak terkecuali juga peniaga yang terpaksa menutup bisnes dan gaji pekerja yang terpaksa dipotong demi kelangsungan perniagaan. Di negara ini, kadar pengangguran meningkat berikutan penyusutan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 15 Jun lalu, Jabatan Statistik Malaysia mengumumkan kadar pengangguran pada April tahun ini meningkat mendadak sebanyak lima peratus yang juga peratusan tertinggi sejak 1990. Dalam laporan Sistem Insuran Pekerjaan (EIS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pula, data kerugian pekerjaan menunjukkan bahawa bisnes mengalami penurunan permintaan adalah 37 peratus atau tidak mampu beroperasi seperti biasa iaitu 42 peratus.

Sebanyak 68.9 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula mengalami penurunan bisnes sebanyak lebih 50 peratus pada minggu pertama PKP. Persatuan PKS Malaysia juga menjangkakan sehingga 30 peratus PKS mungkin gulung tikar pada tahun berikutnya.

Dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar ini, pastinya ia memberikan kesukaran yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pelbagai langkah yang diambil masyarakat dalam mencari punca rezeki dan pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan.

Apakah masih terdapat peluang buat individu yang terjejas untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam keadaan ekonomi sebegini? Bagaimana pula dengan nasib graduan yang ingin melangkah ke alam pekerjaan atau membina kerjaya?

Menyedari kesukaran yang dihadapi ini, AIA Malaysia, syarikat insurans dan takaful terkemuka negara tampil menyediakan peluang kepada rakyat untuk membina semula kerjaya dan pendapatan mereka. AIA berhasrat membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan yang stabil, kerjaya kukuh dan bermakna menerusi program-program perekrutan Perancang Hayat (ejen) – Flexi Life Planner dan AIA Elite Academy.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd Ben Ng berkata pihaknya memahami cabaran dan kesukaran yang dihadapi akibat pandemik Covid-19. Menurutnya, masalah kewangan dan kehilangan pekerjaan yang tidak dijangka adalah suatu realiti.

"Kini ramai yang mencari kaedah alternatif untuk meneruskan kehidupan atau ingin bertukar kerjaya. Justeru, kami di AIA, ingin membantu, memberi sokongan dan membuka peluang kepada golongan tersebut untuk mencuba sesuatu yang baru.

"Menariknya, kerjaya sebagai Perancang Hayat ini bukan sahaja suatu pekerjaan yang tahan krisis tetapi ia juga amat fleksibel, memberi jaminan kewangan serta ganjaran.

"Kami mengalu-alukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai keluarga AIA sebagai Perancang Hayat, sekali gus membolehkan mereka membina kerjaya yang amat bermakna," katanya.

Program AIA Flexi Life Planner dan AIA Elite Academy ini bukan saja unik tetapi ia yang pertama seumpamanya dalam industri insurans dan takaful.

Bagi mereka yang sedang membuat pertimbangan untuk beralih bidang kerjaya, program Flexi Life Planner adalah program permulaan yang ideal, kerana ia menawarkan "on-the-job training" yang lebih fleksibel.

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada profesional, PKS, bahkan graduan baru, yang boleh diserap masuk sebagai Perancang Hayat AIA dengan kebebasan dan kelebihan bekerja pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ia juga meliputi pendedahan kepada program latihan dan bimbingan berstruktur melalui Saluran Pembelajaran Digital AIA yang terdiri daripada siri latihan webinar yang dapat melengkapkan mereka dengan set kemahiran dan pengetahuan untuk keperluan bisnes harian.

Tujuan utama program Flexi Life Planner ini diperkenalkan adalah untuk membangunkan generasi agensi tenaga digital yang seterusnya; membolehkan mereka melatih, merekrut, dan menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan secara maya.

Bagi mereka yang ingin memikul tanggungjawab mahupun memainkan peranan yang lebih besar sebagai Perancang Hayat AIA, layak mendaftar dalam program AIA Elite Academy dimana mereka akan berpeluang menjadi sebahagian daripada kumpulan profesional eksklusif - Perancang Hayat Elite AIA dan seterusnya membina perniagaan yang berjaya di dalam industri insurans dan takaful.

Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Bhd. Leong Chee Soong berkata program AIA Flexi Life Planner dan AIA Elite Academy diperkenalkan bagi membantu membangunkan bakal usahawan dengan set kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk menjadi Perancang Hayat yang berjaya.

"AIA mengasah kebolehan mereka agar menjadi yang terbaik dan menyediakan laluan pantas untuk memajukan kerjaya, sokongan kewangan, insentif dan ganjaran stabil untuk jangka masa panjang," katanya.

AIA Elite Academy dilancarkan pada Januari 2019 dengan misi untuk mengembangkan generasi Perancang Hayat baru yang didorong oleh semangat kolaborasi, profesionalisme dan kesejahteraan. Program ekslusif selama 18 bulan ini menawarkan latihan khusus yang bukan hanya tertumpu pada pengetahuan kewangan malah turut didedahkan dengan selok belok pemasaran media sosial.

Walau bagaimanapun, hanya Perancang Hayat yang terpilih boleh mengikuti program ini yang juga dilengkapi dengan bimbingan individu serta skim pembiayaan khas untuk menyokong perjalanan kerjaya mereka untuk menjadi pemimpin dan usahawan bertaraf dunia.

Program perekrutan AIA bukan sahaja membantu Perancang Hayat memulakan kerjaya pada asas yang kukuh tetapi juga membuka peluang bagi mereka untuk mencapai standard kecemerlangan penjualan dan integriti profesional tertinggi sebagai ahli Million Dollar Round Table (MDRT).

MDRT adalah persatuan global bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai tahap kecemerlangan dalam sektor insurans hayat dan perkhidmatan kewangan. Para ahlinya perlu menjana tahap premium, komisen dan pendapatan yang tertentu, selain menampilkan pengetahuan profesional, tingkah laku beretika serta perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Pelaburan berterusan syarikat untuk membina pasukan agensi yang paling profesional dan produktif membuahkan hasil kerana baru-baru ini AIA telah dinobatkan sebagai syarikat Million Dollar Round Table (MDRT) nombor satu di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut. Dengan seramai 643 Perancang Hayat yang mencapai status kelayakan MDRT, ia juga merupakan satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Tangga 20 syarikat teratas yang mempunyai bilangan ahli MDRT terbanyak di dunia.

"Pencapaian ini adalah bukti komitmen dan dedikasi Perancang Hayat kami serta menggambarkan kualiti dan tahap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pasukan agensi AIA yang terdiri daripada 14,000 orang. Saya sangat berbangga kerana satu daripada tiga ahli MDRT di Malaysia terdiri daripada Perancang Hayat AIA. Pengiktirafan ini akan lebih memotivasikan kami untuk terus membantu rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan, dan Bermakna."

Jadi, bagi yang sedang menganggur atau mereka yang berhasrat menukar kerjaya yang memberikan masa kerja yang fleksibel, jaminan kewangan serta ganjaran menarik, program-program perekrutan AIA ini nyata jawapan yang dicari. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.aia.com.my/en/bealifeplanner/aia-elite-academy.html

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 10:18 AM
https://bs.serving-sys.com/Serving/adServer.bs?cn=display&c=19&pli=1075609617&gdpr=${GDPR}&gdpr_consent=${GDPR_CONSENT_68}&adid=1080919576&ord=%%CACHEBUSTER%%