Nur Izzati Mohamad


KANAK-KANAK lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air dalam kejadian di Jalan Permatang Sungai, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi dan ketika tiba didapati kanak-kanak berusia enam tahun itu sudah dinaikkan orang awam ke darat.

"Petugas perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat kanak-kanak dikenali Muhammad Firash Darwisy Azlan itu dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat.

KANAK-KANAK lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas, hari ini. FOTO ihsan bomba.
KANAK-KANAK lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas, hari ini. FOTO ihsan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 8:01 PM