MUHAMMAD Hafizuddeain (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Mohd Zakaria. FOTO Norsyazwani Nasri.
MUHAMMAD Hafizuddeain (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Mohd Zakaria. FOTO Norsyazwani Nasri.
Norsyazwani Nasri


KETUA Staf Markas Tentera Darat Kuala Lumpur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria dilantik sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) Ke-empat menggantikan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.

Majlis serah tugas disempurnakan Pemangku PMT TD merangkap Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan pada Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas PMT TD di Kem Muara Tuang, di Kota Samarahan, hari ini.

Muhammad Hafizuddeain memangku jawatan PMT TD selepas Zamrose dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Panglima Tentera Darat Ke-28 berkuat kuasa 11 Jun lalu.

Mohd Zakaria dilahirkan pada 17 Jun 1963 di Ipoh, Perak, memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Kem Segenting, Port Dickson pada 1 Julai 1981.

Beliau adalah bekas Putera Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi sebelum menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 9 Jun 1983.

Sepanjang 37 tahun perkhidmatan, beliau menyandang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) selain menghadiri kursus strategik di dalam dan luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 11:05 AM