TERTUDUH Md Faruk Hussain (tengah) dikenakan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub kerana membajak tanah tanpa kebenaran di Cameron Highlands.FOTO Mohd Rafi Mamat
TERTUDUH Md Faruk Hussain (tengah) dikenakan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub kerana membajak tanah tanpa kebenaran di Cameron Highlands.FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


PEKEBUN warga Bangladesh dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas tuduhan membajak tanah tanpa kebenaran dengan menanam pokok cili di Hutan Simpan Sungai Kial, Cameron Highlands.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu Md Faruk Hussain,44, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mahkamah juga memerintah tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu.

Md Faruk didakwa membajak tanah tanpa kebenaran dengan menanam 1,800 pokok cili di Hutan Simpan Sungai Kial, Cameron Highlands

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 81(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Afidatul Kamarulanar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh dilihat membayar denda terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 4:35 PM