GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Noor Atiqah Sulaiman

PUTRAJAYA: Pengusaha tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerima geran secara sekali bayar sebanyak RM5,000.

KPM dalam kenyataan media berkata, pemberian geran di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) itu adalah inisiatif meringankan beban pengusaha taska swasta dalam membuka semula operasi mereka.

"Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju meluluskan pemberian geran secara one-off melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

"Bagi pengusaha tadika yang tidak berdaftar dengan KPM akan menerima geran one-off sebanyak RM3,000 jika pendaftaran tadika mereka dibuat sebelum 31 Oktober 2020.

"KPM yakin geran yang disediakan oleh kerajaan akan dapat membantu pengusaha tadika swasta meneruskan agenda pendidikan prasekolah serta menggalakkan tadika swasta yang belum berdaftar untuk berdaftar dengan KPM sebelum 31 Oktober 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 3:02 PM