Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) dijangka mengumumkan pembukaan semula institut pengajian tinggi (IPT) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diamalkan sebaik IPT dibenarkan beroperasi.

"Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meneliti pembentangan KPT berkenaan pembukaan IPT serta SOP bagi kemasukan pelajar temapatan serta antarabangsa.

"Mesyuarat bersetuju dengan pembentangan KPT dan menterinya akan mengumumkan SOP terperinci serta tarikh pembukaan IPT," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan tarikh pembukaan sekolah, pusat tuisyen dan sekolah pendidikan khas juga akan diumumkan petang ini.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin pada jam 4 petang.

"Perincian SOP mengenai pusat tuisyen, kelas di sekolah dan sekolah pendidikan khas akan diumumkan nanti," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 3:03 PM