JURURAWAT memindahkan dokumen pesakit dari wad perubatan perempuan 1 yang terbakar di HSA semalam. FOTO Bernama
JURURAWAT memindahkan dokumen pesakit dari wad perubatan perempuan 1 yang terbakar di HSA semalam. FOTO Bernama
Omar Ahmad

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dua warga emas maut ketika pemindaham pesakit ketika kejadian kebakaran di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam, seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu berkata, semua pesakit yang berada di dalam wad terbabit selamat tanpa sebarang kecederaan.

Katanya tiada kematian semasa dan selepas pesakit dipindahkan berikutan kebakaran itu.

"Seperti yang disahkan oleh Pengarah HSA, Dr Mohtar Pungut dan sebagaimana yang dinyatakan olen Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tiada kematian disebabkan kebakaran," katanya ringkas ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Semalam, tindakan pantas jururawat serta kakitangan hospital memindahkan kesemua pesakit di wad terbabit, menyelamatkan 24 pesakit yang ditempatkan di Wad Perubatan Perempuan HSA.

Adham berkata 52 pesakit termasuk seluruh pesakit yang berada di Kompleks wad terbabit dipindahkan ke bangunan induk HSA dan Hospital Permai.

Bangunan itu juga ditutup sementara waktu sehingga dibenarkan beroperasi semula oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Berita berkaitan:

  • Jawatankuasa siasat kebakaran HSA
  • Sultan Johor tanggung kos baik pulih wad HSA
  • Alat pengesan ada, sistem pemercik tiada
  • Perkhidmatan HSA tidak terjejas
  • Wad HSA terbakar, 24 pesakit selamat [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 4:05 PM