BEBERAPA jururawat memindahkan dokumen pesakit dari wad perubatan perempuan 1 yang terbakar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, semalam. FOTO Bernama
BEBERAPA jururawat memindahkan dokumen pesakit dari wad perubatan perempuan 1 yang terbakar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, semalam. FOTO Bernama
Muhaamad Hafis Nawawi


SATU jawatankuasa dibentuk untuk menyiasat kebakaran Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah keselamatan juga diambil bagi memastikan perkhidmatan kesihatan HSA kepada rakyat tidak akan terjejas.

Menurutnya, 24 orang pesakit selamat dipindahkan ke bangunan yang berdekatan.

"Beberapa pesakit dari wad berdekatan juga dipindahkan untuk tujuan keselamatan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan kepada pesakit dan anggota dilaporkan dari insiden itu.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji anggota kesihatan dan pihak pengurusan di HSA atas tindakan pantas demi memastikan keselamatan pesakit dan anggota kesihatan yang lain," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, apa yang penting adalah keselamatan warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pesakit.

"Saya berharap kerjasama padu pelbagai Kementerian dan agensi dapat menyusuli untuk tempoh Jangka masa pendek dan panjang pembangunan hospital ini," katanya.

Berita berkaitan:

  • Sultan Johor tanggung kos baik pulih wad HSA
  • Alat pengesan ada, sistem pemercik tiada
  • Perkhidmatan HSA tidak terjejas
  • Wad HSA terbakar, 24 pesakit selamat [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 10:58 AM