Keadaan awal kebakaran Wad Perubatan Perempuan Satu di HSA, Johor Bahru hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Keadaan awal kebakaran Wad Perubatan Perempuan Satu di HSA, Johor Bahru hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Mohamed Farid Noh

PERKHIDMATAN Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru tidak terjejas dan masih diteruskan seperti biasa walaupun berlaku kebakaran di Wad Perubatan Perempuan Satu hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Aman Rabu berkata, wad bangunan satu tingkat yang terletak di hadapan kawasan parkir itu bukanlah bangunan induk di hospital berkenaan.

"Kebakaran yang berlaku di Wad Perubatan Perempuan Satu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius.

"Kejadian itu disedari oleh kakitangan serta waris yang berada di kawasan berkenaan dan Pasukan Emergency Response Team (ERT) HSA memulakan usaha memadam api," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Aman berkata, pesakit dan waris dipindahkan ke lokasi lain di HSA untuk sementara waktu atas faktor keselamatan dan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan serta rawatan pesakit dapat diteruskan.

Katanya, pihak berwajib juga sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Berita berkaitan

Wad HSA terbakar, 24 pesakit selamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 9:01 PM