JALAN berhampiran Bulatan Sigah ditelenggelami air sehingga 1.5 meter sejak awal pagi tadi. FOTO Juwan Riduan
JALAN berhampiran Bulatan Sigah ditelenggelami air sehingga 1.5 meter sejak awal pagi tadi. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan

PENGHUNI rumah yang terjejas akibat banjir diarahkan berpindah bagi mengelakkan risiko yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, apabila pihak berkuasa atau polis menasihati supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara, orang ramai diminta akur untuk menuruti arahan.

Katanya, mereka yang terjejas tidak perlu risau kerana polis akan terus memantau untuk memastikan harta benda yang ditinggalkan selamat.

"Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim sudah menguruskan pengangkutan seperti bot dan kereta bersesuaian untuk pengangkutan mereka yang terjejas.

"Sekiranya polis arahkan pindah, maka segeralah ikut arahan untuk berpindah. Banjir bukan pesta air," katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan banjir di Penampang, hari ini.

ZAINI ketika ditemui media selepas meninjau keadaan banjir di Bulatan Sigah, Pekan Donggongon. FOTO Juwan Riduan
ZAINI ketika ditemui media selepas meninjau keadaan banjir di Bulatan Sigah, Pekan Donggongon. FOTO Juwan Riduan

Menurutnya, mengikut rekod yang diterima polis, setakat ini seramai 151 individu terjejas akibat banjir sejak semalam namun sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Zaini berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Balai Polis Tamparuli turut terjejas akibat banjir.

Katanya, semua peralatan termasuk dokumen penting sudah diambil tindakan sewajarnya termasuk pemindahan ke tempat selamat.

"IPD Penampang ditenggelami air sehingga kira-kira 1.5 meter manakala Balai Polis Tamparuli terjejas selepas hujan lebat mengakibatkan beberapa tiang tumbang.

"Selain itu, Ketua Polis Daerah yang berkaitan juga sudah mengambil tindakan perlu termasuk penutupan beberapa jalan untuk tujuan keselamatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 8:46 PM