Juwan Riduan

SERAMAI 88 individu positif dadah ditahan dalam operasi 'Ops Enforcement' yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula 22 hingga 24 Jun lalu.

Operasi berkenaan dijalankan di empat daerah antaranya Kota Kinabalu, Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan dan Keningau.

Pengarah AADK Negeri Sabah, Abdul Hamediee Ibrahim berkata, operasi selama tiga hari itu dijalankan di kawasan yang sudah dikenal pasti sebagai lokasi aktif penagihan dadah.

PENGUAT KUASA AADK menyoal siasat individu disyaki terbabit penyalahgunaan dadah. FOTO  Juwan Riduan
PENGUAT KUASA AADK menyoal siasat individu disyaki terbabit penyalahgunaan dadah. FOTO Juwan Riduan

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 51 tahun dan akan direman untuk membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) Rawatan dan Pemulihan (R&P) 1983 kerana disyaki penagih dadah," katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi pejabat AADK Negeri Sabah di talian 088-243576 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran untuk tindakan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 3:29 PM