YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor. FOTO Facebook Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor. FOTO Facebook Istana Negara
BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Baginda mengurniakan darjah pangkat pertama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kepada Mazlan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi kurniaan tahun 2019 di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Seorang lagi penerima PGPP ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Mohd Khalil Kader Mohd manakala atlet berbasikal trek PDRM dan kebangsaan Lans Koperal Ju Pha Som Net menerima darjah Bentara Pasukan Polis (BPP).

Pada istiadat itu, 10 pegawai polis menerima darjah kepahlawanan dan pingat keberanian polis iaitu tiga menerima darjah kebesaran pangkat kedua iaitu Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), seorang menerima darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan empat lagi penerima darjah BPP.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2020 @ 2:10 PM