Lokasi mangsa kali terakhir dilihat serta dikhuatiri lemas di Sungai Murum.
Lokasi mangsa kali terakhir dilihat serta dikhuatiri lemas di Sungai Murum.
Erika George


SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa menjala ikan di Sungai Murum, Belaga, semalam.

Menurut saksi kejadian, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dia ternampak mangsa sedang menjala ikan di kawasan sungai terbabit sebelum mangsa jatuh tergelincir dan dibawa arus deras.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan anggota BBP Bintulu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Winston Tan bergerak ke lokasi kejadian hari ini bagi membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa.

"Insiden ini sudah dilaporkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga oleh saksi kejadian pada jam 2.25 petang di hari yang sama," katanya.

Dalam masa sama, dia tidak menolak kemungkinan bahawa faktor air sungai yang deras dan berbatu akan menyukarkan proses pencarian mangsa disebabkan boleh membahayakan keselamatan pasukan penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 2:42 PM