Abdul Rahemang Taiming


"KAMI reda jika punca kematian disebabkan mati lemas di laut," kata Ismail Sabran, 33, selepas jasad abangnya Nurul Maslan, 34, ditemui berhampiran sempadan perairan Malaysia-Indonesia di Pulau Sebatik, dekat Tawau, jam 10.30 pagi tadi.

Nurul Maslan dikatakan dalam perjalanan ke Sungai Melayu, di Pulau Sebatik berseorangan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ketika menaiki bot di kawasan perairan Teluk Cowie berhampiran Tawau Lama, di Tawau, Jumaat lalu.

Bot dinaikinya ditemui anggota bot peronda Pasukan Polis Marin yang melakukan Op Benteng, jam 5.50 petang hari sama dalam keadaan berpusing-pusing tanpa jurumudi.

Ismail berkata, mereka sekeluarga juga memohon siasatan menyeluruh pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian yang menimpa abangnya itu.

HANIS bersama dua anaknya.
HANIS bersama dua anaknya.

"Berdasarkan pengecaman pada jam tangan, baju, seluar, dan kasut selain gigi, ia sah milik abang saya walaupun wajahnya sudah tidak dapat dicam lagi.

"Namun, kami masih menunggu hasil bedah siasat yang mungkin mengambil masa beberapa hari bagi mengetahui punca sebenar kematian arwah," katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman di Unit Forensik Hospital Tawau, hari ini.

Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang mengiringi bot membawa mayat mangsa tiba di Jeti Pangkalan Polis Marin (PPM) di Tawau, jam 12 tengahari.

Isteri mangsa, Ummi Khalsom Abdul Aziz, 32, yang turut berada di lokasi dilihat tidak dapat mengawal emosi selain beberapa kali pitam sebaik jasad suaminya diusung anggota keselamatan sebelum dibawa menaiki lori polis untuk dihantar ke hospital.

SESI persekolahan di rumah
SESI persekolahan di rumah

Berita berkaitan

Keluarga yakin Nurul Maslan masih hidup [METROTV]

Bot berpusing tengah laut, jurumudi hilang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 5:09 PM