KETUA Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KETUA Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Muhaamad Hafis Nawawi


KES pertama positif Covid-19 di kluster Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ialah di Perumahan Polis Gombak pada 18 Mei lalu membabitkan anak kepada seorang anggota polis berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semua ahli keluarga serta kawan rapat pelajar itu sudah disaring dan keputusan negatif kecuali ibunya yang juga anggota polis di IPD Gombak dan seorang rakan berusia 17 tahun.

Menurutnya, sehubungan itu, saringan kontak rapat anggota itu dibuat pada 22 Mei lalu dan kira-kira 200 pegawai dan kakitangan IPD Gombak disaring dengan keputusan negatif kecuali seorang saja.

"Proses sanitasi pejabat dan rumah dibuat sejurus selepas itu dan tiada kes dilaporkan positif sehingga semalam dimaklumkan seorang pegawai kanan IPD Gombak yang bertukar pada 1 Jun lalu dikatakan positif saringan kedua.

"Apapun tindakan segera diambil dengan melakukan saringan semula semua kontak rapat pegawai itu dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan 12 orang dikuarantin sementara menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Arifai berkata, dimaklumkan juga bahawa tiga daripada mereka yang positif sebelum ini sudah sembuh dan discaj dari hospital manakala dua lagi masih menerima rawatan dan dalam keadaan sihat.

"Orang ramai yang berurusan atau akan berurusan di IPD Gombak atau Balai Polis Selayang tidak perlu bimbang kerana mereka yang positif tidak berurusan dengan pihak awam.

"Proses sanitasi, pengukuran suhu, penggunaan cecair nyahkuman, pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial diamalkan di sini," katanya.

Berita berkaitan

Masih boleh berurusan di Balai Polis Selayang

Covid-19: Kluster baharu di IPD Gombak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 10:17 PM