Datuk Roslee Chik
Datuk Roslee Chik
Oleh Baharom Bakar


POLIS negeri ini tidak menyiasat kes membabitkan seorang wanita meninggal dunia akibat keracunan puding buih semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata, kes itu sedang disiasat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya dimaklumkan, kes kematian mangsa berusia 25 tahun dari Marang itu sedang disiasat oleh KKM," katanya dihubungi hari ini.

Terdahulu, mangsa disahkan meninggal dunia jam 10.40 pagi ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Telur tamat tempoh dipercayai digunakan bagi menghasilkan puding buih terbabit seterusnya menyebabkan 99 mangsa keracunan.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi berkata, pengusaha puding buih itu diberi tempoh 14 hari untuk membersihkan dapur sebelum dibenarkan beroperasi semula.

"Kita akan memeriksa dapur pengusaha puding buih itu Ahad ini.

"Jika kita berpuas hati dengan tahap kebersihan dan kaedah penyediaan makanan itu, pengusaha boleh meneruskan operasi selewat-lewatnya Isnin depan," katanya.

Berita berkaitan:

  • Mangsa puding buih pertama meninggal
  • Telur punca keracunan puding buih
  • Serik makan puding buih [METROTV]
  • 25 lagi mangsa keracunan puding buih
  • Mangsa keracunan puding buih meningkat 74 orang
  • Beraya di hospital angkara puding buih
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 2:58 PM