Gambar fail NSTP.
Gambar fail NSTP.
Ruwaida Md Zain


MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun yang menawarkan potongan sehingga 50 peratus, pada Syawal ini hingga 22 Jun.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, ia membabitkan kompaun tempat letak kereta di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MBSA.

"Ini adalah inisiatif MBSA untuk membantu dan menggalakkan Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.

"Mereka dinasihatkan supaya mengambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan yang boleh dibuat menerusi online di eps.mbsa.gov.my atau kaunter pembayaran MBSA," katanya.

Menurutnya, kaunter utama dibuka di Wisma MBSA di Seksyen 14, Shah Alam; Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Kota Kemuning; dan Setia Alam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 8:25 AM