FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik lima sen seliter, manakala diesel naik 10 sen seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan, hari ini, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu RON97 pada RM1.73 seliter; RON95 RM1.43 seliter dan diesel RM1.61 seliter.

Kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 7:43 PM