DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Shamran Sarahan dan Amir Abd Hamid dan Sri Ayu Kartika Amri


DALAM kesibukan mengurus wabak pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir hingga kini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempat berdoa untuk universiti tempatnya belajar.

Dr Noor Hisham kini berumur 57 tahun adalah pakar bedah terlatih yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1988 dan 1994.

Ketika sidang media menyampaikan perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini, beliau sempat menzahirkan ucapan Sambutan Jubli Emas UKM yang ke-50 tahun.

"Sebelum saya meneruskan sesi soalan, saya ambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun UKM ke-50.

"Sebagai graduan, saya berdoa supaya UKM akan terus melahirkan graduan-graduan yang cemerlang dan berdaya saing seperti Motto universiti berkenaan iaitu 'Mengilhamkan Harapan dan Mencipta Masa Depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 7:02 PM